Sedikit petikan daripada buku CINTA HIGH CLASS, karya Fatimah Syarha Mohd Noordin bakal terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd, gandingan buku CINTAKU KERANA AGAMAMU, karya Dr. Farhan Hadi Mohd Taib.
Tangisan puteri kedua menggoncang ibunya. Bagaikan jam loceng yang setia. Dalam mamai, Qani’ah Syumaila menyuakan susu ibu.
Qani’ah Syumaila membelai dan mencium ubun-ubun si kecil. Tidak lupa menghembus doa kasih seorang ibu. Moga menjadi penyejuk mata dan pemimpin orang-orang bertakwa. Si kecil terlena semula dengan mulut menyunyut.
Lampu meja menyimbahkan sedikit cahaya. Detikan jam menyanyi ceria. Jarum panjang menunjukkan angka 12. Jarum pendek menunjukkan angka 5. Ini saatnya bercinta dengan Yang Esa!
Qani’ah Syumaila menoleh sedikit ke kiri. Puteri sulung lena memeluk Abi. Gerak bibir Qani’ah Syumaila ternaik ceria pada hujungnya. Tidak tahan melihat wajah comel itu sedang menutup mata. Tangannya menyapa pipi.
Puteri sulung terjaga. Mata masih terpejam. Dia merengek meminta susu dalam pelatnya.
“Yu…yu…”
Qani’ah Syumaila cuba melepaskan nguluman si adik untuk bangun membancuh susu. Si kecil itu kesedihan. Tangisannya berleretan.
Dr. Muslih lincah bangun dari pembaringan. Qani’ah Syumaila mengunci kaki suaminya dengan betis.
“Abang, ini tugas sayang,” kata Qani’ah Syumaila.
“Tugas sayang menyusu. Bukan buat susu. Ini tugas siapa yang mahukan pahala lebih,” balas Dr. Muslih.
“Sayang mahu,” pinta Qani’ah Syumaila.
“Cop! Abang bangun dulu,” ujar Dr. Muslih sambil melepaskan ‘kunci’ isteri.
“Tapi sayang jangan risau. Pahala ini abang sedekahkan untuk sayang sekali,” kata Dr. Muslih dengan senyuman nakal.
Dia bingkas ke dapur di tingkat bawah.
“Abang ni…”
Qani’ah Syumaila mendukung bayi lalu mengejar suaminya ke dapur.
“Sayangpun mahu pahala lebih,” katanya manja.
“Oklah kita buat sama-sama. Biar abang bahagikan tugas.”
Dr. Muslih mengisi lima sudu susu tepung. Menuangkan air panas. Kemudian menuangkan air kosong.
“Ok. Tugas sayang tolong goncang.”
Dr. Muslih menyerahkan botol kepada isterinya. Qania’h Syumaila terhibur diraikan penglibatannya.
“Baiknya abang. Setiap malam berebut mahu buatkan susu. Abang sudah banyak pahala mencari nafkah di luar rumah. Biarlah sayang pula kumpul pahala dengan tugas ini,” kata Qani’ah Syumaila.
“Izinkan abang ikut cara Nabi. Bukankah Saidatina Aisyah memberitahu kita, baginda sangat rajin menolong urusan rumah tangga. Padahal, baginda jauh lebih banyak pahala,” balas Dr. Muslih.
Qani’ah Syumaila hanya mampu bertasbih dan bertahmid mengenangkan kebaikan makhluk Allah di hadapannya itu. Terusik rindunya kepada Rasulullah SAW. Baginda sungguh berjasa besar memberikan tauladan yang terbaik.
Tatkala pemimpin besar seperti Rasulullah SAW merendahkan diri menjahit pakaiannya sendiri, akhlaknya dipandang bertambah tinggi. Tatkala seorang suami merendahkan hati menolong isteri, peribadinya tambah dihormati dan disegani.
Hati Qania’h Syumaila berbisik,
“Abang terlalu istimewa. Sayang akan kongsikan tips abang kepada dunia. Biar para suami tahu rahsia untuk membahagiakan isterinya. Apabila wanita bergembira, seluruh dunia akan ceria.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam
alhamdulillah ummi baru shj selesaikan sessi pembacaan ummi utk novel terbaru milik pasangan suami isteri, Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi...setelah sekian lama xmembaca novel...kali ni ummi terpanggil lagi untuk membaca...
cukup bersyukur kerana diperkenalkan dgn novel ni...sedikit sebanyak telah membuka mata hati ummi untuk kembali mencari cinta High Class buat hubby....masih belom terlambat mungkin?
w'pn agak jauh untuk setanding dengan Qani'ah Syumaila sekurang-kurangnya, ummi boleh jadikan watak itu sebagai cermin membina cinta High Class buat hubby...
seronok dapat kembali membaca setelah sekian lama...rasa jauhnya ummi bebanding Qani'ah Syumaila dalam memikul watak seorg isteri di dalam istana hati milik hubby...
astaghfirullahal 'azim
terima kasih kerana kembalikan ummi ke alam realiti...
cintaku kerana agamamu...
semoga semangat ini menjadikan ummi seorang isteri yang lebih High Class dimata Hubby...insyaAllah
seronok dapat kembali membaca setelah sekian lama...rasa jauhnya ummi bebanding Qani'ah Syumaila dalam memikul watak seorg isteri di dalam istana hati milik hubby...
astaghfirullahal 'azim
terima kasih kerana kembalikan ummi ke alam realiti...
cintaku kerana agamamu...
semoga semangat ini menjadikan ummi seorang isteri yang lebih High Class dimata Hubby...insyaAllah
sesungguhnya...dia lah insan terbaik yang telah diciptakan buat ummi dunia akhirat...moga percintaan ini kekal hingga ke syurga...love u forever!
No comments:
Post a Comment