Tuesday, September 14, 2010

muhasabah aidilfitri..

alhamdulillah...setelah sekian lama menyepi dek kesibukkan menyambut aidilfitri, kini saya diberikan kesempatan untuk mencoretkan serba sedikit kisah atau mungkin juga pengalaman menyambut aidilfitri kali pertama bergelar seorang isteri...alhamdulillah...

dikala ini saya sudah pon berada di muar, johor untuk menunaikan janji yang telah dibuat bersama suami lebih kurang sebulan yang lalu...hari raya ke3 saya dan suami bertolak dari kelantan untuk kembali beraya di kampung belah suami...alhamdulillah segala perancangan yang di rancang dapat berjalan dengan lancarnya...

bertapa sibuknya saya menikmati setiap detik bersama keluarga tercinta, di akhir2 ramadhan baru2 ini terasa masih segar dan mekar dalam ingatan, keriuhan adik beradik... terasa lamanya saya berada diperantauan...kadang2 tidak dapat saya gambarkan macam mana lah tahun hadapan, beraya tanpa keluarga tercinta? dan kadang2 saya terfikir dan tertanya2, bagaimanakah pemikiran insan2 yang masih mempunyai ibu bapa tapi boleh merancang untuk tidak pulang ketika waktu cuti terutamanya waktu hari raya...?(golongan yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin tetapi tidak pulang berjumpa ibu bapa @ mertua)

selagi ibu bapa kita masih ada hargai lah...kerana apabila saya terdengar cerita2 mereka yg sudah tidak mempunyai ibu dan bapa betapa hambarnya aidilfitri, bertapa sia2 nya pulang ke kampung....renung2 lah

setelah bergelar seorang isteri, alhamdulillah terlalu banyak yang saya pelajari dari suami tata tertib, adab2 bersama ibu bapa...ya..kita memang selalu terbaca tentang adab sopan dengan orang tua kita, tetapi disebabkan kebiasaan kdg2 tanpa kita sedari kita telah melanggar etika bersama orang tua dan saya sedar betapa banyaknya silap saya terhadap orang tua saya...astaghfirullah...suami banyak menegur kesilapan saya...alhamdulillah saya dikurniakan seorang teman yang cukup menghormati orang tua...saya tahu, itu semua adalah kekurangan saya dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap kekurangan kita....dan dikurniakan seseorang untuk memperlengkapkan kekurangan diri saya....ermmmm

sempena aidilfitri taun ni, itu lah satu2nya sinar bahagia yang saya kecapi dan kenangan yang akan saya hargai ingati sepanjang hidup saya....sesungguhnya setiap detik dan saat hari ini adalah tangga untuk kita mempelajari ilmu kehidupan...hargailah

dan saya juga ingin merakamkan rasa syukur, kerana setiap kali saya berada semakin jauh dan leka...mesti ada yang menyedarkan saya...semoga saya dan anda kalian sentiasa berada dalam pemerhatian Allah taala...amin

No comments:

Post a Comment