Wednesday, April 28, 2010

sesungguhnya Allah lebih mengerti...

walaupun ak bukanlah terlalu kuat untuk meluahkan ap yg telah terjadi dan terpendam di hati..tetapi ak terpanggil bagi mengisi kekosongan hati yg sedang mencari kekuatan untuk menerima segala ketentuan yang telah direncanakan oleh Allah untuk ak...semoga hati ak lebih tenang dan lebih redha menerima segalanya dan membiarkan memori itu berlalu dan menjadikan ia sumber kekuatan untuk ak teruskan kehidupan...demiMu ya Allah, kurniakan lah ak kekuatan...kala ini kelopak mataku tidak lagi mampu membendung takungan air mata yg ku tahan..kerana ak sebenarnya sgt tidak berdaya untuk mengingati setiap yg berlaku atas kelalaian, ketidaksabaran dan mungkin kebodohanku...ak tahu,semua ini ketentuan Allah yg perlu ak terima...kerana ia tidak mungkin akan dapat ak undur untuk ak ubah segala yg terjadi...ak ingin menjadi insan yg tabah dan kuat menerima setiap ketentuanNya...kerana ak yakin, Allah sayangkan hambaNya dan Allah tidak akan uji hambaNya dgn ujian yg tidak dapat hambaNya tanggung dan ak juga yakin disebalik derita yg ku alami ada bahagia yang menanti....insyaAllah....air mataku mengalir laju....mungkin ada sesuatu yg boleh ak ambil sebagai iktibar untuk ms2 yg akan datang...
segalanya bermula pada;

19 APRIL 2010
segalanya masih segar diingatan...kerana hari ni bermulanya segala kisah duka ak yg cukup menguji kekuatan iman dan kecekalan hati menempuh segala yg berlaku dgn tiba2 dan diluar jangkaan dan kawalan sorg hamba yg lemah dan tidak berdaya...kesakitan yg kutahan semakin bertambah dan melarat menjadikan ak semakin tidak berdaya dan bermaya lagi....kukira mgkin 2,3 hari keblkgan ni ak asyk rs nk minum pelbagai jenis air dan sikit je mkn ns..jd pg tu ak dgn lemahnya bgn dn menjamah sedikit ns berlaukkn sambal belacan dan ikan kering dgn harapan ak kembali bertenaga dan sihat...akhir2 ni ak mmg sering rs nk mkn mknn pedas2 dan masin2 jer...tp mlgnya hidngan pg tu tidak ckup utk memulihkan ak..ak semakin pning, rs sikit nk pitam, skt pinggang bertambh dan sakit perut...

oleh kerana keadaan ak yg semakin teruk, suamiku pulang seketika dari tmpt kejenya utk menghntar ak ke klinik supaya ak mendapat rawatan dan mc...jd ak boleh berehat dirumah sepenuhnya...
ap yg berlaku...perut ak d'scan...keadaan agak kecoh...apbila doktor menyatakan...rahim ak kosong...kata doktor sepatutnya 9minggu dah ad degupan jantung baby...ak sedikit risau...doktor melegakan hati ak...mgkin xbesar lagi katanya...ak dibekalkan ubat gastrik dan ubat batuk..n surat mc..

keadaan ak petang itu sedikit ok..oleh kerana xpuas hati dgn doktor menyatakan ak xsakit pape...petang tu ak mencuba rawatan kampung..tp juga tiada pape yg meyakinkan ak dgn kenyataan yg diberikan...petang itu ak masih sempat pusing2 dan singgah umah mertua untuk solat asar...dan bila maghrib kami tiba di rumah...sungguh terkejut ak bila mendapati ada sedikit tompokkan darah diseluar...tanpa berfikir panjang dan risau yg sgt ak terus menangis krn ak fikir ak tlah keguguran...suami ak cuba tenangkan ak, wpn ak tahu dirinya ckup resah mengetahui semua itu tambahan pula rahim ak kosong...ku cuba menghubungi keluarga dikampung, tp malangnya tiada siapa yg mendengar deringan kepiluan dan keresahanku kala itu...seolah2 saluran utk ak mendapatkan maklumat tertutup kemas...dan tiada ruang penyelesaian utk ak..

kini stelah kuselidiki sebenarny darah itu keluar kerana ak terlalu aktif bergerak...bila terlalu aktif sedikit darah akan keluar...tp tidak berbahaya pd kandunganku! malangnya, fikiran ku terlalu kabur utk memikirkannya saat itu...dan semua itu ak ketahui dgn jelasnya selepas keadaan tidak dapat diselamatkan lagi..

selepas maghrib kami membuat keputusan utk ke klinik swasta...dan sgt memilukan ati ak apbila doktor memberikan ak dua kemungkinan...sama ada ak mengandung luar rahim atau kandungan ku xmenjadi...sungguh ak xmenduga dan xterjangka...ini bermakna...ak xkan dpt baby...ak terus dihantar ke hospital pakar utk mendapat rawatan seterusnya....dan setelah pemeriksaan dijalankan di bahagian emergency ak dimasukkan ke wad sakit puan (gynekologi) wad 11, doktor pakar di sana mengesahkan ak berkemungkinan actopic (kandungan luar rahim) @ early pregnancy @ early miscariege (keguguran awal kehamilan)...andainya ku tahu ak berada di kemungkinan ke dua akn ku pastikan kandunganku selamat...tetapi apakan daya hanya tuhan yg tahu...ya Allah...kenapa semua ni terjadi padaku...

oleh kerana doktor meletakkan ak kemungkinan actopic, kul2 ak kena berpuasa utk operation esk..mlm tu tidur ku bertemankan air mata...yg tiada siapa mengerti keresahan dihatiku...kdg2 terfikir...kuatkah ak utk semua ini?dkat kul1 baru ak dapat menghubungi umi dan abh...dan berita yg kusampaikan adalah ak akan operate esk...terkejut umi dan abh, berita yg tiba2 dn tidak terjangka..tapi kehendak Allah tiada yg dapat menghalang...ak hnya mmpu berdoa...kala itu ak hanya berdoa moga2 ak bukan actopic...dan kedua2 fallopio ak selamat...malam itu ak sempat mengidam makanan pedas...abg blikan ns goreng cili padi sebagai menu sahur ak sblm berpuasa esknya...mmg sedap dan sgt selera ak makan...

p/s : ak xmampu lg meneruskan...sedihnya...ya Allah kuatkan lah ak menerima semua ketentuan Mu...

No comments:

Post a Comment