Wednesday, July 20, 2011

windu hubby..

salam sume...

title mmg kelakar...arini klu3 pg lg hubby dh bangun mandi..siap2..muka excited en hubby ni dr minggu lepas lg dah terpancar bila dpt panggilan utk ke kem pertahanan awam, bertapa excitednya dear...tah la...mungkin utk up ckit jadi polis bantuan...tp xtau la katanya klu dapat..dapat la...tp sy tahu hubby mmg sgt berharap dear terpilih utk polis bantuan tu...erm..sy sebagai isteri menyokong penuh ap jua impian suami terchenta...

my hubby ni mmg bercita2 nk jd polis...tp terjadi la guru...so sekarang dear tgh nk kejar cita2 dear yg terbengkalai tu la...ap jua yg berkaitan dgn polis muka nya akan jelas nmpk excited, berseri n penuh semangat......masa mula2 dapat baju kadet polis...beratus2 habis utk baju kadet polis my hubby nih...erm

dah dapat baju...dah dapat butang segala aksesori baju...mengadap tu je la...

kusyuk ok...jgn kacau

taraa...dah siap...Inspektor baru melaporkan diri...hehe

alamak gambar lama ms kat umah nek tas dulu, hik3...inspektor bersedia utk bertugas...

bila tgk gmbr ni teringat satu cerita disebaliknye...bila hubby dah siap try2 segala..die suh le sy basuh...sekali sy terrrrr...rosakkan 1 butang...alamak ai..merajuk 1ari...xhingat...serik dah nk sentuh lama2 baju polis nye tuh...hehehe

sekarang my hubby dah ad 2uniform polis...lg satu uniform yg mcm en. polis ni pakai >>>

sori yer en polis pinjam gambar jap...en google kasi...jgn saman kite tau...nk tunjuk patern baju polis hubby kite yg baru...^__^...opps baju ni xda butang bagai la...lg suka hubby pakai yg ni...

so...arini hubby xda kat umah...windu hubby...mlm baru balik...moga2 hubby xkena buli ngan en polis...huk3

"ya Allah lindungilah suamiku di mana jua dear berada..amin"

Friday, July 15, 2011

cendol OH cendol

salam...

aiii...bile cuaca sekarang yg panas...lg memanaskan ni tetiba kan..kan..kan teringat cendol pt. jawa yg menyejutkan tekak, menghilangkan haus serta mmg menyeramkan dek cendolnye yg halus mulus n sedap bangat....cendol ni nk tau sedap ke xsedap...uol tgk tang cendolnye...ad rasa kapor yg banyak or tak...ad pahit2 tak...klu sume tu xda maka mmg sedap la cendol tu... satu lg tgk tang santan nye...wah...menggigil tgk cendol...sy ni dh lama tak makan cendol....hua..hua..hua...cedihhhh huk huk...

tp xpe...kerana Jah hafsah ank ummi nomey..nomey...ummi xpe...kuikuikui...(xsanggup lg nk tgk jah batuk..n selesema...ummi cedih tgk jah xsihat...so bia la ummi cedih tgk cendol tp xleh makan...hehe)

jom lepas gian...dipersilakan cendol versi pt jawa muar...


tuu dia mai dah..cendol...cukup santan, cukup gula...cendolnye kecik2 jer...nomey ...hehe


ni gambo ms tgk peknen bb jah..makan xhingat...dah makan kat ctu tapau lg bawak balik...ni kes takut teringat2..klu dah mlm mana nk cekau cendol...hah? ^_^

menu tambahan...hirup cendol jer...xkena la kan...kena la da makanan sampingan nyer...tu dia ayam KFC pt jawa...sebijik rs ayam KFC...jgn tak caye...sungguh tak tipu...xnyesal kalau korunk dtg pt jawa semata2 nk cr ayam KFC versi pt jawa ni...soooodap...murah la dr aym KFC betoi2 tu ha...erm...(abaikan tgn org tgk nk gaul ns lemak...hubby =P )

dah abis seketul nk mkn yg seketul lg...cendol mangkuk ke2...OK..layannnn

klu ad yg teringin nk rasa la kan...tetiba ad melintasi pt jawa ke...haaa...cari la kedai cendol ni...betol2 sebelah simpang nk ke pasar pt jawa...nnt nmpk tulisan cendol...

itu je la kali ni...sbb xtahan sgt rs nk telan cendol...huhu

wassalam

Sunday, July 3, 2011

citer smlm...

salam sume...mmg lama xnengok2 blog...malazz + xmenyempat..huhu ofcoz la kan?
ada kesempatan ni nk cite sket la ap yg berlaku 2-3 hari lepas yg boleh tahan la sibuk nye...

30 jun 2011 (khamis)
ada sambutan HARI KEUSAHAWANAN kat sekolah...biasa la aktiviti tahunan sekolah...so taun ni sy tak diberikan tugas utk jaga gerai, taun ni bidang tugas beralih arah...kite kena jaga kupon lak...ahaks....relax jer la..xperlu sibuk2 menggangtung, menampal, menghias bagai cam taun lepas...taun ni awal2 jer mmg relax memanjang...akhir2nye tu yg sibuk...tugas jaga kupon ni antaranye....mula2 ngeCOP kupon...no sirinye utk elak sebarang penipuan dan sbgainye (sblm hari keusahawanan la buat..)..smlm...bertugas jaga gerai kupon ikut turn...turn sy tang petang..dah dekat2 nk abis..siap turn kena kemas gerai la...huhu...disebabkan nk tgu tempoh bertugas tu dr kul7.30...til kul12...lama tu...so sy lepak2 la kat bilik jahitan...sambil2 lepak nyempat sy repair 3mesin jahit...wallah...mmg sgt kesin ok...mesin jahit melambak2 tp xleh pakai...tu yg sy bertungkus lumus repair...heeee....bila sume  gerai dah tutup, baru le sibuk sikit org2 kupon  ni..nk kena kira kupon bg setiap gerai..nk tau untungnye byk ke ciput jer...

1julai 2011 (jumaat)
HARI TERBUKA....hari ibu bapa dtg amik report kad...dr kul3 sampai kul5.30...sy ni jenis guru kelas yg xbanyak songeh...ap yg penting...mintak duit yuran...ramai lg yg xjelas...bila mak bapak datang, mintak duit yuran...terus bayar..tu yg buat ati ni lega dan gembira...tp kekadang cam kesian jugak...ad mcm mak bapak yg tak mampu, bila mintak duit yuran...muka nya cam malu ad, segan pon ad, sdih...bercampur segala...mmg muka kesian la...tp sy idak le memaksa sume yg dtg utk bayo yuran...cuma informkan jer...ank encik, puan ni belum jelas yuran segini..segini...klu nk bayo boleh...(dlm ati bayo le sekaragg..hehe)...

2julai2011 (sabtu)
"1SUKAN 1MURID"...LARIAN...siap org PPD datang tu nengok....hehe...w'pon kejap...dr kul7-9.30...tp sy amik kesempatan yg ada utk kemaskan stor bengkel jahitan...hehe...ajak le 2,3 org budak nolong...pas larian kitorg ngemas sampai la kul 11.00...ok la ckit bengkelnya...erm...tp yg buat sy malu...bebudak tu sy nk belanja mkn...xnk,segan la tu...adus...malu2 kucing...pe2 pon TQ

lagikan LIDAH boleh terGIGIT

10 Tips Berdamai Pertelingkahan Suami Isteri

Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang berakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.
Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.
  • 1. Jangan merajuk
Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk.
Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan
merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula.
Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.
Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.
  • 2. Jangan menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.
Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk “menarik diri” di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa.
Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidakmungkin menyelesaikan sebarang masalah.
Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.
  • 3. Jangan berdusta
Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.
  • 4. Jangan mencari salah
Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu.
Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam
hubungan perkahwinan.
  • 5. Berhentikan bahasa negatif
Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.
“Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu.” (tuduhan)
“Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?” (tuduhan)
“Ini salah awak juga.” (tuduhan)
“Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan selalu bergaduh.” (tuduhan)
“Abang tak guna langsung.” (celaan)
“Awak tak senonoh!” (celaan)
“Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga.”(celaan)
“Awak tak sedar, diri awak tu siapa.” (celaan)
Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa inidengan murah dan lumayan.
  • 6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke kelakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu.
Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yangmenyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan “dahulu” dan “semalam” daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya.
Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan “dahulu” dan “semalam”.
  • 7. Senyum semula
Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.
  • 8. Mulakan berdamai
Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu
memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai?
Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan.
Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.
  • 9. Kenal pasti punca masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik.
Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan.
Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatanorang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnyakonflik.
a) “Awak tak bertanggungjawab.” (x)
“Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup tiap-tiap bulan.” (/)
b) “Awak degil.” (x)
  “Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak bantah.” (/)
c) “Awak sudah bosan dengan saya.” (x)
“Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya tak berasa diri saya  diabaikan.” (x)
  • 10. Kenal pasti perubahan
Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.
Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.
Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat “Awak biadab.” mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang “tidak biadab”.
a) “Jangan biadab pada saya.” (x)
“Jangan menengking saya.” (/)
b) “Jangan suka tunjuk gaya.” (x)
“Tak payahlah awak belajar main golf.” (/)
c) “Jangan pemalas.” (x)
“Jangan selalu tidur siang.” (/)
d) “Layan saya dengan betul.” (x)
“Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu.” (/)
e) “Jangan syirik.” (x)
“Jangan bomohkan saya.” (/)
Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari 
menggunakan teknik-teknik yang betul.

dicopy n paste dari http://pakarhowto.com/